2 bulan dalam penjara aku kehilangan ibu, bulan ketiga isteri pula dtg tuntut cerai

Kemewahan luar biasa aku dihidu oleh boss unit lain dan aku akhirnya ditangkap. Aku bukan sahaja kehilangan pangkat dan jawatan tapi ibu aku jatuh s4kit dan meninggaI dunia. Isteri aku datang tuntut cerai akibat malu dan depr3ssion. Dia bawa anak – anak pindah keluar dari Lembah Klang..

#Foto sekadar hiasan. Aku Rangga. Terlebih dahulu ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada admin kerana siarkan perkongsian aku ini. Dan juga terima kasih kepada Kak Mun (bukan nama sebenar) seorang pembantu warden kerana sudi taip dan emelkan kepada pihak admin.

Terlebih dahulu, suka saya sebut awal – awal bahawa kisah saya ini saya tokok tambah nak bagi samaran bagi watak sebenar dan seronok di baca dan di TELADANI hendaknya. HUKUMAN. Untuk pengetahuan, aku sekarang sedang menjalani hukuman bagi kesalahan – kesalahan RASUAH dan PECAH AMANAH yang telah aku lakukan semasa aku seorang penjawat awam dahulu.

Sekarang sudah tahun ke 7 aku berada di dalam. Memang benar mereka cakap, kalau sabun jatuh jangan ambil. Hukvman aku masih berbaki 21 tahun lagi, termasuk 19 kali sebatan. Punggung aku ni sudah lunyai. Dalam kes4kitan sebatan yang baru reda, siksa aku ditambah dengan penangan nafsu serakah gian warga penjara meratah anaIku.

S4KIT, S4KIT, aku saja yang tahu s4kitnya. SEJARAH. Aku dilahirkan dalam seluarga sederhana bagi pasangan penjawat awam di Lembah Klang ni. Kehidupan aku tak pernah susah, kalau susah pun, susah hendak tidur, susah hendak telan, susah bangun subuh.

Begitu juga dalam pembelajaran, dari kecik sampai besar aku agak seorang yang top student jugak la, sehingga aku berjaya mendapat segulung ijazah. KELUARGA AKU. Aku mempunyai seorang isteri yang baik dan sepasang cahaya mata yang soleh dan solehah.

Dikesempatan ini jika isteri aku ada membaca artikel ini, abang minta maaf sebab Ianggar perintah Allah, abang alpa dalam mengejar duit dan dunia. Isteri aku seorang yang bekerjaya dan agak berupa juga. Setelah 2 tahun kahwin, barulah aku dapat menimang cahaya mata pertama aku.

KISAH. Tahun ke-2 aku berada dalam perkhidmatan, aku ditukarkan ke bahagian projek dan perolehan. Unit ini memang idaman kaki – kaki paw wang rakyat kerana access untuk dirasuah dan merasuah sangatlah besar. Ketua unit dan rakan sekerja aku merupakan mentor aku.

Mereka ajar aku A – Z cara untuk membuka pintu ner4ka dengan cara DUIT KOPI ini. Aku seronok dalam menguruskan perolehan barang dan pembahagian projek – projek antara kontraktor utama dan sub mereka, aku guna betul – betul semua kuasa yang aku ada.

Barang harga RM1 tapi aku makan 30sen sahaja. Begitu juga projek, sampai melekat nama aku sebagai Rangga 30%. Duit pertama yang aku peroleh dengan cara ini adalah RM100, hanya 1 tandatangan sahaja modal tu. Kegiatan aku sem4kin rancak, aku disogok bukan saja DUIT, tapi PEREMPUAN, KERETA, ENTERTAINMENT , SUKAN GOLF DAN POLO, CREDIT CARD UNLIMITED, PAKAIAN DAN ACCESORY dan sebagainya.

Aku leka, aku hanyut. Dari sebulan sekali, aku buat seminggu sekali, dari seminggu sekali aku buat lagi kerap. Aku menyogok dan disogok, menggunakan segala kuasa yang ada pada jawatan aku. Dipendekkan cerita, aku tertangkap dek kerana terlalu obvious sehingga dihidu rakan lain dan boss unit lain atas kemewahan aku dan kehilangan aku sewaktu waktu bekerja.

SPRM. Semasa aku ditangkap pihak SPRM, aku disoal macam – macam, dan hampir 90% kerja – kerja h4ram aku SPRM kesan termasuk duit yang aku sorokkan dan daftarkan atas nama ahli keluarga lain. Semasa dalam siasatan dan tahan SPRM, jawatan aku dilucutkan serta merta.

Aku KEHILANGAN PANGKAT DAN JAWATAN. Setelah dibicarakan aku didapati bersalah dan dikenakan HUKUMAN PENJARA 28 TAHUN dan 19 SEBATAN. Bulan pertama aku di dalam penjara, aku diberitakan ibu aku jatuh s4kit dan aku KEHILANGANNYA semasa dalam bulan ke-2 aku dipenjara.

Pada bulan ke-3, aku KEHILANGAN ISTERI AKU kerana isteri datang memohon penceraian dari aku. Isteri aku mengalami DEPR3SSSION yang meIampu kerana str3ss dan malu atas apa yang berlaku ke atas aku. Dia pergi Bersama anak – anak aku keluar dari Lembah Klang. Aku sudah kehilangan segala – galanya.Sekelip mata.

NASIHAT. Aku harapankan rakan – rakan aku yang diberitakan kepada aku mereka masih aktif melakukan kerja – kerja h4ram ni, agar insaf dan Bertaubatlah. Aku takut korang akan kena benda yang sama. Pegawai SPRM ada pesan kepada aku, “kau ingat awal – awal kau buat tu kami tak tahu, kami biarkan dahulu untuk kumpul bukti dan bagi kamu ruang untuk bertaubat, tapi kamu tidak sedar, kamu asyik”.

SPRM boleh access kepada KEHIDUPAN anda semua bukan sekadar smartphone atau account bank sahaja, semoga Allah mengampuni d0sa – d0sa aku dan diberi keinsafan kepada kalian. Wassalam. – Rangga Tigapuluh (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Usah menilai mereka – mereka yang terbabas sebegini. Bersyukur lah kita tidak berada dalam posisi dan jawatan yang memberi ruang utk kita menerima dan ambil rasuah. Silap – silap kita pun sama terjebak. Rasuah ini nampak jelas buruknya.

Tapi lebih buruk kita yang tidak amanah dalam pekerjaan, sebagai contoh mengular. Guna aset – aset jabatan. Tipu duit claim, keluar amik anak sekolah lebih masa dan sebagainya. Waimah main hp dan fb ketika bertugas. Pastinya kita tidak terlepas dari khilaf dan hutang – hutang ini dengan jabatan.

Justeru selalulah niat gantikan semula waktu kerja yang kita culas itu. Tak payah claim perjalanan yang 20 – 30 ringgit itu. Tak payah claim OT yang setengah jam itu. Niatkan pada Allah sebagai bayaran balik masa kerja yang kita banyak culas.

Gantikan kertas – kertas A4 atau alat – alat tulis yang kita guna untuk urusan peribadi. Ini adalah peringatan bersama untuk diri saya juga. Malulah kita pada Allah dan diri sendiri. Orang yang ambil rasuah jahat kita nampak. Sedangkan kita lebih h1na tapi cuma Allah tutup aib kita sahaja.

Azumi Kaneshiro : KentaI betul jiwa kau ye TT. Sampai kena tangkap baru kau berhenti. Aku dulu mampu bertahan beberapa bulan saja, itu pun company swasta, bukan gomen. Aku kena buat dummy invoice, ubah tarikh, detail dan amount semua.

Tutup sebeIah mata bila urus CEO punya booking yang entertain pegawai – pegawai kerajaan bercuti di resort mewah sambil main golf. Hari – hari aku rasa bersalah. Akhirnya tak boleh go on dah. I kenot. Duduk sana lagi lama, mau s4kit jiwa aku.

Apatah lagi salah sorang bos aku adalah orang besar TNB yang menggunakan kuasanya untuk bagi syarik4t bini dia mana – mana projek TNB yang berkaitan. Tak apalah. Biar tak kaya, asalkan kekayaan itu tidak menjadi kayu api yang membakar aku di ner4ka.

Farin Ahmad : Benda ni orang kata, open secret. Rahsia, tapi semua orang tau. Memang dalam kalangan penjawat awam, masih ramai macam ni. Sebab tu diorang marah sangat bila gomen sekarang asyik amik tindakan. Sumber dedak berkurangan.

Tak macam dulu. Lantik kontraktor penyelenggaraan di kalangan adik beradik? Biasa. Buat kerja berkali – kali tak setel, repair aircond bocor, 10 kali pun tak Setel. Tak tau apa masalah dia? Bila disiasat, oh.. sed4ra mara rupanya kontraktor tu.

Hantar kenderaan jabatan ke bengkel xx? Siasat, bengkel sed4ra mara rupanya. Tukar gomen, habis kena kacau. Marahlah. Sumber dedak terputvs. Bagaimana nak atasi?

Athirah Noor : Aku ramai kawan – kawan dari SPRM. Serius. Depa ni mata – mata. Korang tak akan tau depa SPRM. Depa ada bersama dalam jabatan kerajaan terutamanya. Bekerja dengan korang. Dulu depa pernah dapat training kat 1 audit firm sama – sama batch aku join company tu dulu.

Jadi berjaga – jagalah. Kalau mata – mata SPRM dah memerhati. Apatah lagi ‘mata – mata’ Allah. Kita sentiasa dalam pemerhatian Dia. Sebagai orang muslim. Ingat Dia sentiasa, tak akan berani nak buat perkara – perkara bertentangan. Nauzubillah minzalik.

Indra Putra : DUIT yang macam ni lah yang buat kelabu mata. Tapi ambik pengajaran. Kepada penjawat awam, terutama yang uruskan mende macam ni, korang boleh mohon tukar. Korang boleh back off dari handle mende ni. Korang boleh simpan 1 diari dan catatkan apa yang tak ikut sop yg sebenarnya kalau follow, takkan ada yang hanky panky.

Rezeki yang berkat walaupun sikit, akan manis hasilnya dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan yang baik, kehidupan yang tenang atau anak – anak yang berjaya dalam hidup mereka. Ikut sop yang ditetapkan dan tawakal. In shaa Allah. Takde apa-apa.

Minimakan atau zerokan akses dengan syarik4t atau kontraktor. Jangan buat kawan dengan orang macam ni. Kalau perlu bungkus nasi makan di opis, buat jer. Ujian hari – hari kita lalui. Kalau nak tambah pendapatan, banyak cara yang betul dan buat di luar waktu kerja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.