
Saya kahwin dengan lelaki tua yang ada banyak peny4kit. Bila saya pindah rumah suami, anak – anak tiri tak puas hati. Ayah mereka s4kit sampai kena str0ke, langsung mereka tak jenguk. Sehinggalah suami meninggaI dunia, anak – anak berebut nak rumah yang saya duduk. Tapi tak sangka arw4h suami dah tukarkan nama rumah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Saya terus je la ya dengan kisah saya. Saya kahwin dengan Pak Su ketika berusia 40 tahun. Awalnya dia menolak tetapi ibunya mahu melihat dia berkahwin supaya ada orang menjaganya.
Saya tolak, sebab umur Pak Su sudah 52 tahun, nanti siapa yang kena jaga siapa? Mengikut akal fikiran saya, tentu Pak Su m4ti dulu, jadi macam mana dia nak jaga saya, isterinya. Tetapi kerana ibu, saya terp4ksa patuh. Yelah, saya anak d4ra tua, tak ada pasangan nak kena hadap kata orang – orang lagi. Saya akur.
Perkahwinan kami agak lain sikit sebab bukan anak – anak yang carikan, tetapi Pak Su yang buat pilihan nak jadikan saya isterinya. Kerana itu anak – anak Pak Su tak restu perkahwinan ayahnya. Alasan mereka Pak Su masih bekerja, masih kuat dan boleh jaga diri sendiri.
Kalau kahwin juga bermakna Pak Su tak sayangkan emak mereka. Tapi kata Pak Su, dia hanya fikirkan kesihatannya. Memang dia masih bekerja, tetapi yang s4kit dia, jadi dia tahu tahap kemampuannya. Lagi pun graf diab3tes Pak Su memang tinggi.
Anak – anak mungkin tak nampak lagipun mereka tak duduk sekali dengan Pak Su. Kemarahan anak – anak Pak Su bertambah bila saya pindah ke rumah ayah mereka. Habis mereka ambil pinggan mangkuk, pakaian dan segala barang kesayangan emaknya.
Saya tak tegah, dan Pak Su menggalakkan. Kata Pak Su, tinggalkan rumah kosong pun tak jadi hal. Sayalah yang urus makan minum suami, jadual makan ubat dan temu janji Pak Su dengan doktor saya ikut dan pastikan dia pergi.
Yang saya kesalkan, anak – anak Pak Su nak datang sebulan sekali pun payah. Pernah saya ajak Pak Su pindah duduk rumah saya sebab saya tak nak anak – anak paksu terus marah dan boikot tak nak datang tengok ayah mereka.
Tapi Pak Su tolak sebab dia tak daya naik flat tingkat 3 yang saya beli. Jadi terp4ksalah saya sabar dengan kerenah anak – anak tiri yang bencikan saya. Setelah 15 tahun berkahwin, saya tak tahu sebenarnya dalam diam Pak Su pindahkan nama rumah yang kami duduk kepada saya, sebab tak mahu saya berg4duh dengan anak – anaknya bila dia tiada nanti.
Mungkin dia dah boleh fikir nasib saya pada masa akan datang sekiranya dia meninggaI dunia. Kata Pak Su, ketika dia s4kit anak – anak langsung tak ambil tahu. Usahkan nak datang menjenguk, bertanya khabar pun jarang.
Saya ingatkan, mungkin kerana saya ada. Tetapi kata Pak Su, semasa arw4h isterinya ada dulu pun anak – anaknya jarang bertanya khabar. Pandai – pandai Pak Su lah menjaga isterinya ketika s4kit. Sebab itu Pak Su nekad juga nak cari isteri setelah isterinya meninggaI kerana dia tahu dia tak boleh berg4ntung harap dengan anak – anaknya. Sekarang barulah saya faham.
Seperti yang diramalkan, selepas Pak Su meninggaI, isu rumah pun berbangkit antara anak – anak tiri. Mereka hangin bila dapat tahu rumah jadi milik saya. Sudah tukar nama. Tetapi Pak Su tetap berlaku adil dengan anak – anaknya, mereka semua mendapat tanah yang lain, tetapi biasalah anak – anak tiri tetap tak puas hati.
Mereka tak nak satu sen pun harta Pak Su jatuh dekat tangan saya, ibu tiri. Sedangkan 15 tahun saya berk0rban menjaga suami sebaik mungkin, saya isterinya. Peristiwa itu memang buat saya s4kit hati. Semasa ayah mereka s4kit str0k, terlantar di hospitaI dan di rumah, tak ada siapa datang nak tolong gilir jaga.
Mereka lepaskan kepada saya, konon itu tugas isteri. Tetapi Pak Su faham peng0rbanan saya, sebab itu arw4h beri rumah kepada saya. Pak Su tahu saya yang bersengkang mata jaga beliau ketika s4kit terlantar dan selepas dibedah.
Beberapa tahun berlalu selepas menjadi janda kem4tian suami, sepatutnya saya lega, tetapi pula datang c4baran baru. Ada beberapa orang datang melamar saya, ada melalui anak mereka dan ada melalui orang tengah.
Biasanya orang masjid. Mereka melamar saya dengan tujuan yang sama, untuk jaga ayah mereka yang sudah berusia lebih 70 tahun. Saya tertawa. Apakah saya ini tukang jaga orang s4kit? Kali ini syarat mereka lebih teruk.
Pertama, calon isteri mesti ada rumah sendiri, tidak ada anak, kalau pun ada anak tidak duduk serumah sebab ayah mereka akan datang tinggal di rumah saya. Saya tanya balik, mengapa saya tak boleh duduk rumah ayah mereka?
Kata mereka, rumah ayah sudah jadi milik mereka. Syarat itu buat saya ketawa besar. Cukuplah sekali saya dipergunakan. Mereka tak mahu ibu tiri duduk rumah ayah sebab takut harta milik arw4h ibunya diambil ibu tiri.
Belum kahwin lagi dah letak syarat tak ubah macam saya hanya orang gaji bukan ibu tiri kepada mereka. Pada pandangan saya, kalau mereka sayangkan ayah, carilah orang yang layak seperti petugas jurupulih anggota atau seumpamanya.
Sekarang banyak perkhidmatan seperti itu untuk warga emas. Kalau perIukan tukang masak dan bersihkan rumah, cari saja pembantu rumah. Tak perlu kahwinkan ayah, kalau hati mereka sendiri pun tak redha nak terima ibu tiri baru.
Tetapi mereka enggan sebab tak mahu keluar duit nak bayar syarik4t perkhidmatan tersebut dan gajikan pembantu rumah. Mereka mahu seorang isteri untuk ayah mereka sebab semua boleh dapat percuma. Isteri boleh jaga, rawat dan masak untuk ayah.
Dengan itu mereka boleh selamatkan harta benda peninggalan arw4h ibu. Hahaha. Memang pintar. Saya pernah tanya orang yang carikan calon isteri untuk duda tersebut, mengapa duda itu mesti pindah duduk rumah bakal isteri?
Terus terang dia beritahu bahawa rumah ayahnya sudah ditukar nama anaknya, begitu juga harta lain. Nampak gaya anak – anak cuma hendak harta, bukannya jaga ayah mereka. Saya juga nak nasihatkan wanita yang berusia lebih 50-an tahun jika dilamar duda berusia hampir 7 siri, berhati – hatilah.
Jangan jadi macam saya, jangan menyesal kemudian hari, sebab kita sepatutnya jadi isteri. MaIangnya nasib pembantu rumah lebih baik daripada kita. Lebih baik tak payah kahwin kalau hanya meny4kitkan hati. Dihujung usia baiklah kita bahagia walaupun tanpa pasangan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.