13 tahun kahwin takde anak bila dpt rezeki anak, suami kemaIangan jadi 0KU seumur hidup

13 tahun kahwin tak dapat zuriat, tapi suami tak pernah complaint nak kahwin lain. Selepas dah cuba macam – macam, baru dapat rezeki anak. Tapi diuji beberapa bulan sebelum bersalin suami kemaIangan. Jadi 0KU seumur hidup..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Kesian aku baca luahan brader yang anggap diri dia gagal sebab belum ada anak. Untuk si brader, untuk semua yang belum berzuriat, aku nak kongsi cerita yang berlaku dlm keluarga aku, berlaku di keliling aku.

Aku compile ni seringkas mungkin. Bukan nak tahu detail sangat, cukup supaya kita sedar yang anak juga adalah ujian, bukan nikmat hakiki untuk kita.

SATU. Kakak aku ni macam brader konfeser, kahwin muda bergetah lagi. Tapi anak suuuuuuuusah sangat nak lekat. Banyak kali dia pregnant mesti gugur. Doktor kata rahim dia tak kuat. 6, 7 tahun kahwin baru dia dapat sorang anak perempuan.

Sorang itu je la, lepas tu dia tak mengandung lagi. Alhamdulillah anak buah aku ni memang lawa, pandai dan berjurus orangnya. Berbaloi mak bapak menunggu. Lagi sorang, kakak aku nombor enam. Kahwin taklah muda sangat.

Tapi rezeki Allah bagi dia bunting pelamin. Dapat anak pempuan yang sangat comel. Maiangnya kakak aku ni terkena mer0yan tahap 1. Lahir – lahir je dia rasa benci kat baby tu. Dalam hati tu tak ade rasa sayang, senang menyampah tengok apa yang anak dia buat.

Berlanjutan benda tu sampai anak dia dah tadika ni. Dah jadi anak d4ra yang lawa mendengar kata, dah jadi orang kuat yang menolong di rumah. Tapi perasaan kakak aku masih tak berubah. Dia sendiri sedih dan xtahu nak buat macam mana. T

akut menyesal kalau anak dia m4ti baru rasa sayang tu datang. Doakan Allah bantu kakak aku uruskan emosi dia.

DUA. Kakak sepupu aku. Dia menghidap s4kit jantung dari kecik. Doktor ramal dia boleh hidup berapa tahun je. Tapi Alhamdulillah dia membesar bak juara dan selamat berkahwin dengan pilihan hati. Masa lahirkan anak sulung, doktor amat berjaga – jaga sebab jantung dia tak kuat.

Syukur semuanya selamat, bayi yang lahir pun sihat. Tak lama, dia berhajat nak mengandung lagi. Doktor tak galakkan tapi dia nak juga. Aku ingat lagi masa dia nak bersalin anak kedua tu, aku kat oversea. Sayu baca status FB dia minta maaf pada semua orang, minta halal makan minum, kot – kot nyawa dia meIayang di Iabour room.

Proses kelahiran berlangsung sempurna. Tapi lepas tu dia pass out. Kelam kabut doktor selamatkan dia. Sipi je…. Sipi lagi Allah nak ambik dia. Syukur Alhamdulillah masih ada umur dipinjamkan, dapat dia beIa anak sampai besar. Sekarang anak kedua tu pandai mintak nak adik. Tak tahu mak dia hampir m4ti lahirkan dia… Huhu.

TIGA. Ustazah aku di sekolah lama. Ustazah S ni diberkati dengan anak yang ramai. Kahwin pun muda… Sempat la produce banyak – banyak. Namun aku tersentak bila dengar khabar, beberapa tahun lepas tu, rahimnya kena buang.

Puncanya berlaku kesilapan teknikal waktu kelahiran anak bongsu. Ada kapas / gauze tertinggal dalam rahim sampai jadi infection dan rahim dia membusuk. Allahu akbar. Syukur kejadian tu tak mengancam nyawa Ustazah S.

Bagi aku sniri, takde la sedih sangat rahim kena buang sebab Ustazah S dah sempat beranak banyak. Lagi heaven kot tak payah ponteng solat dan puasa. Huhu. Tapi tak tahulah apa kesannya dari sudut kesihatan kan.

EMPAT. Kawan serumah aku masa belajar dulu. Habis belajar, update khabar masing – masing kat FB je la. Seronok tengok dia dah kahwin, dapat sorang anak, menunggu kelahiran anak kedua. Sebelum bersalin pun dia sempat pos status mohon doa semua.

Kita yang sebalik skrin ni pula rasa exc1ted. Tapi lepas tu senyap. Berhari – hari takde update. Seminggu lepas tu baru dia pos kat status, anak dia meningg4I. Tali pusat terbeIit kat leher waktu lahir. Allah Allah… Sambil taip ni aku rasa sempit d4da dan sebak. Malas nak sambung citer :’( Tapi sekarang dia dah dapat anak ketiga. Alhamdulillah.

LIMA. Abang aku sendiri. Mulanya dia cuma ada dua anak lelaki. Anak laki sulung normal. Anak laki kedua ada mild aut1sme. Waktu kecil kami tak faham sangat kenapa tindakan dia pelik, tak bercakap, tak peduli orang panggil, susah dikawal.

Kami syak ada yang tak kena. Kami sarankan abang bawa jumpa doktor tapi abang tak nak. Maklum la kita orang Melayu ni baru nak kenal ilmu parenting. Sesetengahnya masih ikut cara parents dulu – dulu jenis biar je anak tu besar sendiri.

Bertahun – tahun abang ignore apa kami cakap. Umur empat tahun, m4kin ketara pelik per4ngai budak ni. Masa nak masukkan playschool barulah tahu rupanya dia ada mild aut1sme. Kemudian anak ketiga. Kakak ipar aku sebenarnya tak nak pregnant lagi sebab dia alahan teruk.

Dah abang nak juga, maka lahirlah satu – satunya puteri mereka yang sihat dan comel. Tapi, si puteri bongsu ni Allah takdirkan juling. Allahu. Ya. Juling bukan masalah besar pun. Cuma dengan keadaan keluarga ipar aku yang suka membanding – banding, dan masyarakat yang amat mementingkan paras rupa ni, aku tahu mesti abang dan kakak ipar aku rasa berat hati juga dengan keadaan anak dia.

Sebagai keluarga, kami hanya mampu support dorang dan berharap abang aku cepat bawa dia berubat. Sebab bila m4kin besar nampak m4kin ketara juIing dia, bimbang tak boleh dirawat. Lengkap la family kecil abang aku. Dengan dua anak yang membawa cab4ran masing – masing.

ENAM. Makcik aku beIah mak. Panggil auntie F. Dia kahwin muda jugak umur 22, 23 gitu. Dia jenis kuat senggugut. Katanya kalau senggugut tu memang guling – guling s4kit perut. Mungkin disebabkan tu juga dia payah hamil.

13 tahun auntie F menunggu. Dalam pada tu pakcik langsung tak bunyi nak madukan dia ke apa. Dorang bahagia sangat dan kami anggap pasangan paling soleh dan ideal dalam keluarga. Dorang cuba macam – macam rawatan akhirnya auntie F berjaya pregnant.

Lahirlah satu – satunya waris mereka. TAPI, Allah nak uji diorang. Beberapa bulan sebelum bersalin, suami dia ditimpa musibah dan jadi 0KU seumur hidup. Kelam kabut kami masa tu, suami dan isteri dua – dua perlu dijaga. Sekarang anak dorg dah besar bujang. Dua beranak bertungkus – lumus beIa pakcik aku yang 0KU tu. Nampak tak, Allah beri anak, Allah ambil suami.

TUJUH. Pakcik beIah mak pula. Uncle A. Anak dia dua je. Sorang laki, sorang perempuan. Anak perempuan ni lahir tak cukup bulan tapi Alhamdulillah membesar normal. Anak lelaki ni pula Allah takdirkan menghidap kec4catan otak.

Dari kecil sampai besar dia terIantar je, tak boleh bercakap, tak boleh urus diri, makan pun bersuap. Badannya membesar tapi otot semua lembik. Mulut tak boleh tutup sentiasa letak towel tampung air liur. Mujurnya keluarga mereka berada, mampu upah orang jaga anak di rumah sebab dua – dua kerja.

22 tahun mereka pelihara anak lelaki mereka ni sampai besar panjang, sampai Uncle A dah tak larat lagi nak pikuI dia ke toilet. Pernah Uncle A jatuh hampir ced3ra sebab angkat sepupu aku ni. Mereka betul – betul tunaikan amanah yang Allah beri.

Dalam tempoh tu jarang nampak mereka berjalan sekeluarga. Mesti ada yang tinggal jaga adik di rumah. Berulang ke hospitaI, upah maid pun mencuri pulak, macam – macam mereka hadapi. 22 tahun yang sangat sabar.

Akhirnya Allah ambil semula anak ni. Waktu dia meningg4I tu, aku tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Memang sedihkan, hilang ahli keluarga. Tapi dari satu sudut, aku rasa lega bagi pihak keluarga mereka sebab Allah dah angkat ujian berat tu.

Tinggal nak jumpa balik kat syurga nanti, mesti hensem sepupu aku ni… 🙂 Cukup la tujuh cerita aku kongsikan. Bukan reka ok, semua betul – betul berlaku tinggal aku tak tulis nama sebenar je. Kalau ada family atau cousins terbaca ni aku mohon maaf banyak – banyak.

Takde apa – apa niat buruk daripada sharing ni. Cuma nak ajak semua buka mata dan pandang hikmah dalam setiap kejadian. Hidup kita ni betul – betul ujian je. Ada anak pun diuji, takde anak pun diuji. Kahwin pun diuji, tak kahwin pun diuji.

Cuma kita tak nampak benda tu sebab mata dikaburi dengan nikmat dunia. Kita cuma nampak kahwin itu nikmat, lupa tanggungjawabnya lebih besar. Kita nampak anak tu nikmat, lupa mereka juga boleh humban kita ke ner4ka.

Bila kita pandang perkara tu sebagai amanah dan tanggungjawab, pasti kita mampu berlapang d4da. Aku sendiri pun, sedih belum bertemu pasangan hidup. Tapi kalau dapat pasangan hidup cam sampah pun sedih juga.

Dengan memerhati keadaan orang sekeliIing ni hati aku rasa terubat. Kadang – kadang aku jadi takut nak meminta pada Allah. Sebab aku takut.. bila Allah tunaikan nanti hanyalah ujian yang berat untuk aku hadapi.

Sekarang aku mampu doa yang terbaik saja. Apa pun yang Allah bagi, nikmat atau musibah, moga hatiku sentiasa bersangka baik padaNya. Untuk semua yang berada dalam waiting list macam aku, waiting nak dapat j0doh atau waiting nak dapat anak, sama – sama kita bersabar.

Jalankan tanggungjawab kita sesempurnanya. Tiba masa yang tepat nanti Allah akan tunaikan apa yang kita minta. InsyaAllah. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Tahu. – Siti

Komen Warganet :

Nu Ha : Saya nak share kisah kawan saya, kawin agak lewat. Lepas kawin str3ss tak ngandung – ngandung, pant4ng dengar orang lain tak datang peri0d, dia punya mood ke laut. Tapi lepas 6 bulan kawin, baru dia mengandung.

Masa 8 bulan ada komplikasi, anak lahir tak cukup bulan. Tapi mujur membesar dengan sihat cuma maIang si suami ni malas jaga anak dan selalu merungut pasal anak dia ni suka sangat menangis dan merengek sepanjang masa.

Dua – dua tak leh control anak, secara peribadi saya nampak diorang belum bersedia nak anak sebab masih dalam mood honeymoon, anak ditinggalkn dengan pengasuh even ujung minggu pun nak berdua -duaan.

Yana Lavera : Setiap manusia ada jalan kisah hidup dan ujian yang tersendiri . Bila baca confession ni baru kite rasa sebenarnya bukan kita sorang je ada masalah, bukan kita sorang yang Allah uji. Rasa macam sentap sekejap sebab kita rasa macam ujian kite yang paling berat padahal ujian orang lain lagi berat dari kita. Semoga Allah beri ketabahan dan kesabaran kepada insan – insan yang di uji dan di beri ganjaran yang besar akan datang. InsyaAllah.

Suhaini Yusoff : Sahabat saya bercerai dan tiada anak, lepas cerai disahkan k4nser. Sudah lebih 10 tahun dia bebas k4nser, k4nser berulang lagi. Tapi, hampir setiap tahun dia pergi umrah menjadi tetamu Allah. Dia pun masih nampak sihat je. Saya nampak keberkatan usianya, yang tak semua orang boleh dapat. Subhanallah.

Fatin Amat : Good Confession. Terima kasih cik siti, saya sendiri rasa terpujuk hati bila baca confession ni. Ada yang terpend4m dalam hati tapi bila difikir ujian tu tak la sebesar mana jika dibanding cerita – cerita yang cik siti kongsikn.

Benar, kita sebagai manusia senang teralpa untuk bersyukur nikmat di depan mata sebab fikiran penuh dikaburi perkara yang belum pasti, belum terjadi dan terkejar – kejar hal – hal duniawi. Alhamdulillah, bila dilihat semula banyak sebenarnya nikmat Allah beri di sekeliling cuma diri yang tak pandai mnghargai. Ya Allah, ampunkan lah diri ini yang sering lemah dan lalai.

Azie Clemmensen : Saya kahwin lewat. Umur 38 tahun. Kawan – kawan ada mengata saya jual “murah” takde orang nak. Almaklumlah.. berskirt pendek seluar yengki bagai. Tup tup dapat oreng puteyy. Tutup Sekejap mulut diaorang.

Lepastu kononnya nak suruh saya mengandung. Tak sabar nak anak mix. Siapa Yang taknak anak mix Kan??? Saya depr3ssed dan menyalahkan takdir saya sebab tak mengandung. Jangan kata tak ikhtiar cakap la mana doktor, b0moh tukang urut saya tak pergi.

Tapi alhamdulillah. Allah beri saya semangat. Saya pun risau jika saya mempunyai zuriat, saya tidak dapat menjaga amanah Yang Allah berikan. Cukuplah, buat masa ni, saya menjaga emak Dan suami saya. Serta anak – anak adik saya seramai 4 orang. Semua ini dah cukup membahagiakan saya. Syukur Ya ALLAH…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.