
Akhirnya selepas 10 tahun, kami dikurniakan anak, saya dah rasa lengkap hidup dengan suami. Tapi entah kenapa tiba – tiba suami bagitahu yang dia teringin nak kahwin lain walaupun masih takde calon. Dia kata ni semua cadangan saya dulu sedangkan saya cakap waktu kami takde anak..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin, minta tolong siarkan luahan saya ni. Saya sedih, rasa down sangat. Nama saya Kemboja (bukan nama sebenar), berusia 30 an. Tujuan saya menulis untuk meluah perasaan hati dan pada masa yang sama nak bertanya pendapat.
Saya dan suami berkahwin lebih sepuluh tahun. Suami saya seorang yang sangat memahami, bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai saya. Jarang sekali kami berg4duh sepanjang berkahwin. Keluarga saya jugak memandang tinggi pada suami memandangkan dia ada ilmu agama yang tinggi.
Sepanjang sepuluh tahun perkahwinan kami tidak mempunyai cahaya mata. Saya tahu dia sangat sukakan kanak – kanak. Ketika itu saya rasa tidak berguna kerana gagal memberi zuriat kepadanya. Pelbagai usaha kami lakukan namun tidak berjaya.
Disebabkan frust dan kecewa, saya menyuruh suami untuk berkahwin lagi. Dia hanya ketawa setiap kali saya mengutarakan perkara ini. Bagi saya, dia mungkin paham saya sedang bersedih. Selepas sepuluh tahun, ditakdirkan seluruh dunia diuji dengan C0vid dan kita di Malaysia pula kena PKP.
Semasa PKP kami berdua work from home. Kami mengambil peluang untuk sentiasa solat berjemaah, mengaji dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, selepas itu saya disahkan mengandung dan kami dikurniakan zuriat. Hidup saya terasa sangat lengkap.
Apa yang saya idamkan selama ni berada dia depan mata saya. Harapan saya adalah untuk membesarkan anak bersama suami. Selepas anak kami lahir, saya bekerja semula tetapi suami masih bekerja dari rumah. Jadi dia menjaga anak kami sepenuhnya.
Semua keluarga dan kawan saya memuji suami. Yelah, bukan senang nak cari lelaki yang sanggup jaga anak sendiri di rumah bila isteri takde. Sekarang suami terp4ksa berkerja semula, jadi anak kami hantar babysitter.
Masalah bermula apabila saya terbaca mesej suami dengan rakan sekerjanya. Wanita tersebut merajuk dengan suami kerana tidak melayannya. Selepas perbincangan suami menyatakan dia tidak ada hubungan dengan wanita tersebut dan hanya menganggapnya sebagai rakan sahaja.
Namun apa yang mengewakan suami tiba – tiba menyampaikan hajatnya untuk berkahwin lagi di masa hadapan kerana sekarang masih belum mampu dari segi kewangan dan masih tidak mempunyai calon. Sedihnya hati saya mendengar perkara tersebut.
Dia menyatakan saya yang memintanya dahulu dan sekarang dia sudah bersedia. Saya mengatakan dahulu kami belum mempunyai zuriat dan sekarang kami sudah ada. Saya bertanya adakah dia tidak mencintai saya lagi, namun dibaIasnya dia sangat menyayangi saya dan tidak sanggup berpisah dengan saya.
Saya juga sangat sayangkan suami saya namun saya tidak sanggup bermadu. Selepas mengetahui perkara tersebut, saya melancarkan per4ng dingin namun suami masih tetap dengan pendiriannya. Tiap hari saya berdoa suami tutup hatinya untuk berkahwin lagi namun dia tetap tidak berganjak.
Saya menyatakan dia boleh berkahwin lagi tapi dia mesti berpisah dengan saya namun dia enggan melepaskan saya. Saya bertanya di mana kurangnya saya supaya saya boleh baiki diri saya namun dibaIasnya saya tidak ada kekurangan.
Saya mahu pergi ke pejabat agama namun segan kerana di sana ramai orang mengenali suami saya. Saya bertekad untuk bercerai sekiranya suami berkahwin lain. Pertanyaan saya bolehkah saya bercerai dengan suami sekiranya suami berkahwin lagi sedangkan suami tidak pernah lupa tanggungjawab ye? Bagaimana dengan anak kami?
Saya tidak sanggup berpisah dengan anak saya. Dia la segalanya bagi saya. Tapi saya tidak rasa suami akan mengalah kerana dia sangat sayangkan anak kami. – Kemboja (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Tiara Clara : Jangan berenti kerja hanya kerana alasan supaya suami tanggung nafkah semua, terus kerja tapi bagi semua suami bayar. Skincare sis, mandian, makanan, pakaian semua benda pakai duit dia. Sis buat saving untuk masa depan, pendidikan anak ke supaya jika sis rasa tak boleh teruskan hak penjagaan masih boleh dapat pada sis sebab sis boleh tanggung anak.
Memang akan jatuh pada ibu, jauh – jauh pun nenek atau makcik anak sis tapi sis masih hidup konfem dapat. Ada duit boleh hire lawyer lagi. Bertenang je dari sekarang, dalam masa yang sama plan. Sekarang ni tawan hati suami sis, pergi holiday m4king new brand memory ke biar suami terfikir rugi kehilangan isteri yang dah 10 tahun susah senang dan lahirkan zuriat dia.
Awak keep cantik ja dalam rumah, layanan mesra – mesra kalah kawan sekerja dia. Teruskan solat jemaah dan mengaji. Kalau dia sayang dia sendiri akan batalkan hasrat sebab poIigami bukan hanya kerana mampu, ianya bukan galakan.
Asal mampu je kahwin melainkan ada keperluan. Awak jaga kesihatan dalaman luaran, jangan str3ss takut depr3ss pula. Paling penting jadi ibu yang baik pada anak awak, moment masa dia kecil ni sangat penting. K tu je.
Enchik Syazli : Saya ada sahabat baik. Sewaktu dia bercinta dengan isterinya, dia tak punya apa – apa. Cuma bekerja kilang sebagai operator. Isterinya seorang doktor. Menanggung kehidupan kawan saya dari beli rumah, kereta, motor, segala aset dibeli oleh isterinya.
Mereka dikurniakn kesemua cahaya mata lelaki. Bila isteri beri modal untuk kawan saya buat bisnes, rezeki kawan saya bisnesnya meIetup. Mampu pakai kereta mewah, superbike, melancong sana sini. 2 tahun selepas merasai kemewahan hasil bisnes, kawan saya berkahwin lain dengan alasan takde anak perempuan.
Isteri dia kami nampak pasrah dan redha tapi hakik4t h4ncur hatinya. Lepas kahwin kali kedua, ditakdirkan isteri kedua melahirkan anak perempuan tapi anak baru umur 5 bulan, kawan dah luah menyesal kahwin yang kedua.
Sebab terlalu mengongkong. Famili jenis nak duit sentiasa. Isteri pertama saya tengok enjoy life dia. Anak – anak sekolah rendah. Pergi sana sini hanya dengan anak – anak. Mungkin hati dah m4ti.
Zunnurain Hasanah : Untuk puan kemboja, bersyukurlah puan kerana puan beruntung suami puan bagitahu awal niat dia nak kahwin lagi dan boleh berterus terang belum mampu lagi sekarang. Itu adalah hakik4t fitrah keinginan lelaki yang Allah kurniakan atas izinNya, seperti fitrah cemburu yang Allah kurniakan kepada kita kaum wanita jua.
Puan, kita semua manusia biasa yang takkan terlepas daripada sebarang bentuk ujianNya dan nikmatNya. Namun semua itu pasti ada hikmah-Nya. PoIigami atau mon0gami, keduanya bentuk rumahtangga, bezanya hanya bilangan ahlinya, matlamatnya tetap mencari redha-Nya dengan kaedah yang benar dan menjaga amanah serta tanggungjawab dengan baik kepada isteri – isteri.
Apapun, tetaplah fahami syariat poIigami ini. Ilmunya luas. Hikmahnya tetap ada buat suami dan isteri. Bersyukurlah puan bahawa suami puan tetap laksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik dan tetap sayangkan puan dan anak puan. Ramai lagi orang belum dapat merasai alam rumahtangga seperti puan. Wallahualam.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.